BODYGUARD SARAWAK / JURULATIH

Barisan Jurulatih

Dilatih oleh bekas anggota polis dan tentera berpengalaman, membina kompetensi taktikal dan disiplin profesional pengawal peribadi Sarawak.

Albert Anak Legan

Ketua Jurulatih

Albert Anak Legan

SARJAN POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)

Ketua Jurulatih, Persatuan Pengawal Peribadi Sarawak
Sarjan Polis Diraja Malaysia dengan pengalaman luas dalam latihan kepolisan, operasi taktikal, keselamatan, ketenteraman awam, perlindungan VIP, pengurusan risiko, pengendalian senjata dan pembangunan sumber manusia.
18 tahun pengalaman sebagai jurulatih dan tenaga pengajar PDRM.
Berpengalaman dalam latihan asas, taktikal, kepimpinan, kepolisan am, perundangan polis dan etika.
Kepakaran dalam pengendalian senjata, kawalan rusuhan dan latihan operasi.
Berpengalaman dalam General Operations Force (GOF) termasuk Tiger Platoon dan operasi ketenteraman awam.
Berpengalaman dalam keselamatan sempadan, Jungle Warfare, Jungle Navigation dan Close Protection/Bodyguarding.
Mempunyai kemahiran latihan taktikal merangkumi CQB, Tactical Shooting, FIBUA/FIOA, Rappelling/Abseiling, TCCC/Combat Medic dan Demolition.
Berpengalaman dalam misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui penugasan UNMIT dan UNMISS.
Pernah berperanan sebagai UNPOL Training Coordinator, menyelaras dan melaksanakan program latihan untuk UNPOL serta rakan kepolisan tempatan.
Kekuatan Profesional: Latihan & Pembangunan • Kepimpinan • Operasi Taktikal • Keselamatan & Perlindungan VIP • Pengurusan Risiko • Pembangunan Kurikulum • Penyelarasan Program • Ketenteraman Awam
Peranan semasa sebagai Ketua Jurulatih 1, Persatuan Pengawal Peribadi Sarawak — berperanan dalam pembangunan kompetensi, disiplin, kemahiran taktikal dan kesiapsiagaan profesional anggota pengawal peribadi melalui latihan berstruktur berasaskan pengalaman kepolisan nasional dan antarabangsa.
Junaidi Bin Kipli

Exco / Jurulatih 1

Junaidi Bin Kipli

SARJAN MEJAR PDRM

Ketua Jurulatih 2, Persatuan Pengawal Peribadi Sarawak
Sarjan Mejar Polis Diraja Malaysia dengan pengalaman luas dalam latihan kepolisan, operasi taktikal, keselamatan, perlindungan VIP, pengurusan risiko dan pengendalian senjata.
Mempunyai kira-kira 35 tahun pengalaman sebagai jurulatih dan tenaga pengajar PDRM, meliputi latihan kepimpinan, taktikal, kepolisan, kawalan rusuhan dan operasi keselamatan.
Pernah berkhidmat sebagai Ketua Jurulatih PULAPOL Kuching, khususnya dalam melatih peserta Kursus CSG dari aspek disiplin, kemahiran kepolisan, taktikal dan kesiapsiagaan operasi.
Muhammad Helmi Aton

Jurulatih 2

Muhammad Helmi Aton

Ketua Jurulatih 2, Persatuan Pengawal Peribadi Sarawak
Berpengalaman dalam operasi PGA, risikan sempadan, Tiger Platoon/Sniper, Ops Daulat, keselamatan VIP serta latihan kepolisan. Berkhidmat sebagai Jurulatih Kawad & Tembak di PULAPOL (2019–2026).
Kepakaran: Taktikal • CQB • Sniper • Close Protection • Pengiring Rapat • Pengendalian Senjata • Latihan Kawad & Tembak • Keselamatan
Kursus Utama: CQB • Counter Insurgency Warfare • Survival • Pengiring Rapat • Jurulatih Kawad • Jurulatih Tembak
Pengiktirafan: Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023 dan Anugerah Terbaik Keseluruhan Kursus Jurulatih Tembak Siri 1/2025, PULAPOL Kuala Lumpur, selain pelbagai penghargaan atas prestasi dan sumbangan dalam bidang kepolisan dan latihan.
Shafudin Bin Lamat

Exco & Jurulatih

Shafudin Bin Lamat

Berbekalkan Diploma in Marine Mechanical Technology, beliau mempunyai pengalaman dalam bidang teknikal, ketenteraan dan latihan keselamatan.

Pernah berkhidmat dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebagai Jurulatih Teknikal serta NBCD (Bomba) Kapal TLDM.

Kini aktif sebagai Jurulatih Pengawal Peribadi Sarawak, dengan kepakaran dalam latihan teknikal, keselamatan, disiplin dan kesiapsiagaan kecemasan.

Shaiful Azman Bin Othman

Exco & Jurulatih

Shaiful Azman Bin Othman

Berpengalaman dalam pengendalian tugasan keselamatan individu berprofil tinggi (VIP), tetamu kehormat dan program rasmi.

Mempunyai disiplin tinggi, ketahanan fizikal, kemahiran komunikasi serta keupayaan membuat keputusan dengan pantas dalam situasi yang memerlukan tahap keselamatan tinggi.

Wan Hamizul Bin Wan Nandi

Jurulatih & Pegawai Media

Wan Hamizul Bin Wan Nandi

Mempunyai pengalaman dalam keselamatan, kawalan peribadi dan latihan, termasuk pernah berkhidmat sebagai Polis Bantuan di Genting Highlands.

Kini bertugas sebagai Pengawal Peribadi (Bodyguard) di Sarawak dan aktif dalam Persatuan Pengawal Peribadi Sarawak sebagai Jurulatih dan Pegawai Media.

Berpengalaman dalam latihan, pembangunan kemahiran, keselamatan serta pengurusan aktiviti persatuan, dengan komitmen untuk meningkatkan profesionalisme dan kompetensi pengawal peribadi di Sarawak.

Bodyguard Sarawak
BODYGUARD SARAWAK
Persatuan Pengawal Peribadi Sarawak

BERSATU • BERINTEGRITI • PROFESIONAL

Menyatukan pengawal peribadi profesional, memperkukuh standard industri dan membina komuniti perlindungan yang lebih dipercayai di Sarawak.

AHLI

HUBUNGI

  • bodyguardsarawak@gmail.com
  • 082-544018 / 011-11251718

© 2026 Persatuan Pengawal Peribadi Sarawak. Hak cipta terpelihara.

BODYGUARD SARAWAK